Friday, December 16, 2011

Temuduga KPLI J-QAF saya ...

Kelantan Trade Centre (sumber google)


Pintu Depan(sumber google)

Assalamualaikum... sudah lama saya tidak masuk ke ruangan ini...Amat sibuk dengan segala urusan yang masih banyak terbengkalai...Mencari masa depan hidup yang cerah bukanlah semudah yang dijangka... Belajar sampai ke universiti sekalipun belum tentu nasib menyebelahi kita.. jadi berusaha dan bertawakal itu jalan yang terbaik dalam hidup... 4 Disember 2011 saya telah menyemak nama tawaran temuduga kali kedua untuk KPLI j-qaf ambilan Januari 2012... Alhamdulillah saya lulus M TeSt... Namun untuk menjadi guru j-qaf sekarang bukanlah peluang yang mudah... 2 kali harus diuji... 15 Disember 2011 saya telah menghadiri temuduga kali kedua j-qaf di Kelantan Trade centre yang mana ujian kali ini mengandungi 3 set..set pertama ujian bertulis jawi dan arab...set kedua temuduga secara berkumpulan dan yang terakhir secara individu... Antara soalan ujian bertulis yang saya hadapi adalah terjemahan bahasa melayu kepada tulisan jawi... dan soalan bahasa arab pula adalah ikrob mubtada' ..masukkan khobar mufrod dalam ayat...tuliskan soalan bg penyataan ayat dan soalan berbentuk pendapat ... bagi ujian berkumpulan pula...terdapat 2 soalan yang diberikan...setiap soalan diberi masa 15 minit untuk memberi pendapat antara ahli kumpulan sambil didengar oleh penemuduga..setelah 15 minit bertukar kepada soalan kedua... soalan yang dibincangkan dalam kumpulan sya ketika itu adalah berdasarkan bagaimana memupuk budaya membaca di kalangan murid-murid dan bagaimana membaca dapat meningkatkan profesion seorang guru...
Beralih pula pada set ketiga iaitu individu.. saya diminta memperkenal diri dalam bahasa melayu... kemudian saya diminta bercakap di dalam bahasa arab mengenai suasana persekolahan di sekolah menengah dahulu..Penguji juga menyuruh sya membaca petikan jawi dan mengalunkan zanji(adeih).. saya juga diminta memberi pendapat mengenai ICT disekolah..keburukan dan kebaikan. serta mengulas mengenai PIBG di sekolah peranan dan cara meningkatkan kualiti PIBG di sekolah.. diakhirnya saya disoal mengenai kerelaan hati saya untuk dihantar kemana-mana sahaja negeri jika terpilih...itu sahaja soalan yang ditanya ketika ditemuduga..Apa-apapun sya bersyukur atas pengalaman ini... Kali pertama menghadiri temuduga kerjaya... :) semoga Allah mengatur yang terbaik untuk sya baik dalam bidang j-qaf ataupun rezeki lain yang mendatang...

2 comment:

Penawar Suka dan Duka

Penawar Suka dan Duka

Anak sedareku

Anak sedareku

~My Siblings~

~My Siblings~
~13 orang jer~