Friday, April 8, 2011

Usroh usroti...


USRAH TERAPI JIWA MUSLIM

"Usrah terapi jiwa muslim"...begitulah tema yang selalu diungkapkan dalam rancangan USRAH di kaca tv 9...Benarlah dan amat tepat sekali ungkapan itu.Usrah adalah salah satu proses terapi jiwa-jiwa orang islam.Usrah juga ibarat hujan yang diperlukan tatkala musim kemarau.Ibarat ais yang diperlukan tika musim soifi dan ibarat sakhonah yang digunakan tatkala musim sejuk.Jiwa-jiwa ini perlu sentiasa diketuk agar ada yang bisa terasa mahupun merasa.Usrah adalah satu kalimah daripada bahasa arab yang membawa maksud keluarga.Apabila disebut keluarga maka terlintaslah di fikiran kita bahawa di dalam sesebuah keluarga memerlukan satu ikatan kekeluargaan yang akrab, saling memahami, tolong menolong serta nasihat menasihati bagi membentuk keluarga yang saadah dan barakah.Begitulah juga seperti usrah-usrah yang lain yang mana terbentuk daripada individu-individu musim yang beriman kepada Allah serta saling tolong-menolong dalam memahami dan menghayati islam itu sendiri dalam kehidupan.

USRAH DI MANA-MANA

Usrah ini berkembang sejak berzaman lagi.Tidak kira di mana dan ketika.Umat islam semakin dahagakan ilmu islam maka logikla usrah ini berterusan hingga kini bagi memberikan kefahaman kepada umat islam itu sendiri.Di rumah, di pejabat, di sekolah, di taman hatta di dalam kenderaan sekalipun usrah di adakan.Bahkan usrah itu bukan tertumpu pada satu kelompok yang membuat halaqah semata-semata.Di sini dapat kita lihat betapa peri pentingnya usrah dalam nilai kehidupan seorang muslim.Bila tak bertemu rasa jemu..bila bertemu rasa rindu...bila dekat semakin rapat...bila rapat semakin kuat...itulah kekuatan usrah..

RUKUN-RUKUNNYA

Usrah menjadi suatu kelaziman di dalam program tarbiyyah harakah kita ini. Ianya mestilah mempereratkan pertalian aqidah dan menanamkan cinta kepada perjuangan, menanggapkan kebenaran walau apa kesusahan yang dihadapi dan diterima oleh seorang mujahid. Rukun usrah itu ialah tiga perkara ianya mestilah diperkukuhkan, sekukuh-kukuhnya iaitu:
  1. Al-Ta’aruf iaitu berkenalan.
  2. Al-Tafahum iaitu bersefahaman
  3. Al-Takaaful iaitu saling bantu membantu.

Rukun Pertama:

Iaitu Al-Ta’aruf ertinya berkenalan secara paling mendalam yang menimbulkan kasih sayang dengan tujuan Al-Hubbufillah. Sebagaimana firman Allah Taala:

Maksudnya:

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara…"

Dan Sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:

"Orang yang beriman dengan orang yang beriman yang lain laksana satu binaan, saling kuat-menguat di antara setengah dengan setengah yang lain."

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:

Maksudnya:

"Kami mengasihi saudara kerana dia adalah saudara pada jalan Allah."

Di samping itu sikap mahabbah mesti dibuktikan dalam amalan dan penghayatan bukan sekadar teori semata-mata.

Al-Ta’aruf iaitu kenal mengenal daripada bab mufa’alah (daripada dua belah pihak) Salbi dan i~jabi (memberi dan menerima). Kenal yang benar-benar, tahu selok-belok tentang saudara kita, supaya kita membuat dan bertindak untuk mengarah sesuatu yang sesuai dengannya.

Rukun Kedua – Al-Tafahum ertinya bersefahaman

Al-Tafahum daripada bab mufa’alah juga, adalah menjadi tujuan usrah iaitu supaya membuatkan satu sikap, satu tindakan hasil daripada sama-sama faham, sama-sama beramal iaitu sama-sama menjalankan perintah Allah, tunduk kepada kebenaran, muhasabah diri, muhasabah sama-sama jama’ah dan disusuli dengan nasihat menasihati di antara saudara, (Ad-Dinul Nasihah). Awas jangan sama sekali nasihat menasihati ini menimbulkan apa-apa perasaan yang tidak senang kepada salah satu daripada yang lain, baik yang memberi atau yang menerima, cuba renungkan hadith di atas.

Rukun Ketiga – Al-Takaaful iaitu saling bantu membantu atau jamin menjamin

Rukun ini merupakan dasar membela nasib sesama sendiri, supaya jangan ada orang yang terbiar atau terlantar nasibnya tidak terbela, maksud rukun ini ialah anggota usrah hendaklah mengambil berat masalah-masalah yang dihadapi oleh saudaranya. Takaaful ini merupakan pancaran pekerti yang dilahirkan daripada keimanan, dan merupakan intisari dari ukhuwwah yang murni. Cuba saudara-saudara teliti sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya:

"Sesungguhnya seseorang kamu pergi menunaikan sesuatu keperluan saudaranya lebih baik baginya daripada beriktikaf dimasjid aku ini selama sebulan."

Dan sabdanya lagi:

Maksudnya:

"Sesiapa yang telah memasukkan kegembiraan iaitu menghilangkan kesusahan dan kesukaran kepada keluarga muslim, maka Tuhan tidak melihat balasan kepadanya selain daripada syurga."

Ini gambaran besar atau kecilnya Al-Takaaful dalam Islam bagi rukun usrah ketiga.

http://permai1.tripod.com/usrah1.html
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------.....
USROH USROTI

Saya sendiri mula melibatkan diri dalam usrah ketika berada di sekolah menengah.Cukup rasa terdidik jiwa bila berada di halaqah taman-taman syurga.Menginsafi keegoaan diri yang adakalanya memuncak kemarahan hati dek teguran yang menusuk ke kepala sendiri.Namun tanpa teguran itu manakan bisa hati sekeras ini bisa menjadi lembut.Batu yang keras itu bila air selalu menitis ke atasnya tetap jua terkesan lekukannya lama kelamaan.Inikan manusia yang punyai sifat ego yg diciptakan Ilahi maka lebih-lebih lagi la perlu untuk terasa.Bukankah kita diciptakan dari sang Pencipta.Jika teguran itu dari manusia itu hanyalah wasilah kerana sebenarnya teguran itu dari Allah.

Dari sekolah menengah hinggalah ke peringkat universiti usrah tetap menjadi tunjang tarbiyyah bagi mendidik hati-hati.Tidaklah dinamakan manusia jika tidak ada sifat pelupanya.Maka peringatan itu amat penting.Bila habis belajar saya amat merindui suasana usrah ketika di sekolah menengah dan universiti.Maka seharusnya saya meneruskan rantai perjuangan itu.Saya mengikuti proses tarbiyyah di rumah pula.Setiap hari Rabu di rumah, ahli keluarga saya akan berhimpun selepas solat maghrib untuk membuat usrah.Membincangkan tafsir Al Quran secara beramai-ramai serta merungkai permasalahan isu semasa menjadikan keluarga bertambah rapat.Masa inilah peluang untuk bersua muka, menjelaskan apa yang tidak difahami dan menambahbaik pengetahuan yang sentiasa terasa kejahilannya dari hari ke sehari.

USRAH 7 April 2011

Sudah 3 minggu tidak dapat meneruskan usrah di rumah kerana beberapa masalah yang berlaku.Namun alhamdulillah Allah mengizinkan usrah ini diteruskan pada hari rabu semalam.Cukup terasa indahnya.Rindu yang bertamu kian lama kini terubat.Dibekalkan tazkirah yang mengusik jiwa membuatkan hati mula mencari arah kehidupan yang baik dari hari ke hari.Benarlah katanya kehidupan dunia ini tidak dapat lari dari tiga perkara iaitu kesakitan, kesedihan dan keletihan...kesakitan yang ditanggung apabila diuji kesakitan,keletihan yang ditanggung mencari hal dunia, dan kesedihan yang ditanggung akibat kesakitan ataupun kematian insan tersayang.Maka jika mahu dibandingkan dunia dengan sayap lalat pun tidak ada nilaiannya.Namun bukanlah bermaksud dunia ini tidak diperlukan.Dunia perlu dicari untuk tujuan akhirat.Melalui apa?Melalui apa tujuan kita dihidupkan dan dimatikan.sebagai hamba Allah,sebagai khalifah serta untuk dibangkitkan bg melihat siapakah lebih baik amalannya.Jalan perjuangan ini terlalu jauh.Tidak ada jalan perjuangan yang tiada rintangannya.Maka seharusnya kitalah sebagai mata-mata rantai penyambung jalan perjuangan ini...ISLAM~~
Bukan kemenangan yang kita cari tetapi kekuatan islam di pelusuk duniawi...insyaallah...

"Sahabat....
bila kau bergelar da'ie
kau wajib sedar bahawa
jiwa kau tidak boleh
terlalu lama menjadi REMAJA..
Bak kata AL BANNA
tanggungjawab itu melebihi masa yang ada
dan tarbiyyah yang bersalutkan ilmu dan cabaranlah
yang dapat mendewasakan kau
tapi cukupkah jika sekadar menerima tarbiyyah??
Bangunlah wahai SYABAB & FATA
kalian bukanlah yang memulakan perjuangan
tetapi kalian adalah mata-mata
yang menyambung rantai perjuangan...


sama-sama kita membentuk jati diri dengan USRAH tunjang tarbiyyah....

0 comment:

Post a Comment

Penawar Suka dan Duka

Penawar Suka dan Duka

Anak sedareku

Anak sedareku

~My Siblings~

~My Siblings~
~13 orang jer~