Friday, April 1, 2011

Ku titipkan doa buat yg tersayang.....

Salam yaumuljum'ah....Salam keberkatan...salam kerinduan buat junjungan mulia Habibullah Muhammad nama yg tersurat disebalik kemuliaan peribadi dan akhlaknya... Moga selawat serta salam kerinduanku ini sampai padanya... Allohumma amin... sakit itu adalah ibtila' bagi org mu'min dan ia juga merupakan kaffarah dosa yang Allah kurniakan pada hamba-hambanya yang redha dan sabar atas ujianNya... sesekali diuji kesakitan lantas bibir menguntum senyuman seraya basahlah ia dengan zikrullah "Allah..Allah...moga ini penghapus dosaku".. Namun jika tidak meredhai satu kesakitan lantas bibir mengeluh lalu berkata "apa salahku sehingga aku dihukum begini...sakitnye..cepatlah sihat!".. Alloh.. bukan senang untuk meredhai apatah lagi mentatbiqkan sabar dalam pelusuk sanubari... Tidak mudah juga mengikut kecekalan Nabi Ayyub sewaktu sakit deritanya diuji...Ketabahan Nabi Yunus dalam perut ikan nun menginsafi diri lalu berzikir "La ilahailla anta subhanaka inni kuntu minazzholimin fastajabna lahu wanajjainahu minalghomm"...Allah..Allah... tidak hairanlah jika maqam tertinggi diberikan pada Nabi-Nabi terdahulu kerana kesabaran dan yakinnya mereka akan janji Allah.. Begitu juga pengorbanan Asiah dalam mengharapkan singgahsana yang lebih abadi..dengan berdoa "Robbibnili 'indaka baitan fil jannah"...dan jua kesucian Maryam dalam menegakkan kebenaran... sungguh mereka yang terdahulu lebih kuat diuji..lebih banyak diuji dan lebih berat diuji.......

Mengambil iktibar dari kisah-kisah terdahulu pembangkit semangat kepada kita yang berada di zaman yang cukup mencabar.. penuh dengan dosa dan noda.. cukuplah Allah hadirkan kesakitan itu salah satu penghapus dosa pada kita... Bukanlah sakit yang berat seperti kanser,taun dan sebagainya dari penyakit yang berat itu sahaja penghapus dosa bahkan Nabi pernah bersabda "hatta satu tusukan duri itu jua sebagai kaffarah dosa"..sabarlah duhai jiwa... rasa penyesalan,kesedihan dan dukacita dari kesilapan lalu juga penghapus dosa... Maka jiwa seharusnya dikau cukup perlu terasa bahawa Allah itu Maha pengasih lagi Maha penyayang... Tidak akan dibebankan seseorang hamba itu melainkan atas kemampuannya...

Kutitipkan doa buat yang tersayang kakak iparku Ruslawati Yunus yang kini membuat rawatan kimoterapi peringkat kedua dan ketiga moga dikau diberikan ketabahan dan kekuatan..Moga dikau lebih dekat di sisiNya.kakakku Noraini yang sentiasa diuji kesakitan perut akibat fibroid moga disitu puncak kekuatan dan keyakinanmu padaNya bahawa dikau sedang diperhatikanNya...melihat lidahmu dibasahi zikrullah tatkala ujian melanda itulah tanda kau beriman...dan kepada adik tersayang siti khadijah moga sakitmu itu penghapus dosa..penambahbaikkan keluarga kita...bukan kamu sahaja yang merasa...jika kamu merasa pasti kami merasa kerana rasa kita berhimpun menjadi satu jika kita saling mengingati dalam doa jua pengharapan...semoga kalian semua sembuh dan dipermudahkan urusan kehidupan....
pada ibu bapaku moga Allah memberkati umur kalian dan keluarga,sanak saudara,sahabat jua saudara seislamku moga Allah berikan kalian rasa indahnya beramal dengan "KESABARAN"

2 comment:

  1. penyakit yg menimpa itu salah satu proses penyucian jiwa..

    mg kakak2 n adik kak ha..diberikan kebaikan disissi Allah Taala..begitu jua sesiapa aje di dunia ini..

    ReplyDelete

Penawar Suka dan Duka

Penawar Suka dan Duka

Anak sedareku

Anak sedareku

~My Siblings~

~My Siblings~
~13 orang jer~