07 February 2010

Tawen lagik..

pelamin

Alhamdulillah wa syukur lillah..bertambah lagi jumlah madam dan padam Terengganu di Mesir setelah selamat diijabkabulkan Dr Sukainah dengan Ustaz Tarmizi..Seribu kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi atas nikmat mawaddah dan rahmah yang dicampakkan atas jiwa-jiwa insan sehingga terjalinlah satu ikatan atas dasar islam yakni pernikahan..Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan "barakallahulakuma wabaarik 'alaikuma wajam'a bainakuma fi khoir"..semoga kebahagian sentiasa mengiringi perjalanan hidup kalian..

hidangan pengantin..hikss..ikhwah masak akhawat hias..^_^

stobeli...sekadar gambar hiasan ^_^

04 February 2010


Alhamdulillah syukur kupanjatkan kehadrat Ilahi atas nikmat nyawa dan umur yang panjang..Selaut syukur kuhadirkan atas nikmat kelahiran bakal-bakal pejuang islam..Tahniah diucapkan kepada Kak Chik Salwani dan Ustaz Rafzan atas kelahiran putera dan pejuang sulung mereka pada 2 Febuari 2010 pada jam 7.00 malam...Aisya Nurul Ain kini diberi nama ..tahniah juga kepada Dik Shidah dan Ustaz Syamsul..(lmbt sket posting)..semoga zuriat yang hadir lebih menghadirkan mawaddah warahmah atas kehidupan kalian..^_^...Acik-acik sila panggil ain yer..panggil aisya kan tukor ngan anak kak Yati pulop "tertera status YM dik Shidah beberapa minggu sebelum ni..hehe..Apa-apa pun semoga kelahiran ini dapat menambahkan lagi umat akhir zaman yang bakal mewarisi perjuangan ulama'-ulama..insyaallah...

P/s:tenyum sokmo ^__^...walau mendung menyapa hari..namun cerah pasti kembali~

Alhamdulillah..wa syukur lillah...^_^..selesai sudah imtihan faslu awwal untuk tahun ini..sudah 5 hari berlalu pergi..namun masih ada lagi mereka yang belum selesai menghadapi imtihan..berkemungkinan juga hari ini hari yang terakhir untuk semua bidang pengajian..walau bagaimanapun cepat mahupun lambat selesainya imtihan ini, semoga kalian beroleh natijah yang terbaik di sisi Allah..tawakkallah kepadanya dan Dialah sebaik-baik pergantungan kita selaku hamba yang diciptakannya...Kini Ma'rid Kutub kembali membuka tirainya..seawal 28 Januari 2010 hingga 10 Febuari 2010 katanya..wallahu'alam saya pun tak pasti bila tarikh akhirnya...Namun, alhamdulillah saya juga sempat menjenguk ma'rid kutub pada 2 Januari baru-baru ini..Tahun ini berlaku sedikit penambahan cetakan dan maktabah..Saya tidak menjenguk kesemuanya sekadar menyilau-nyilau pandangan..Harga kitab tak jauh beza berbanding tahun lepas dan mungkin sama sahaja harganya dengan tahun lepas..Tahun ini berkemungkinan tahun terakhir saya bersama Ma'rid kutub dan insyaallah seandainya diizinkan Allah Taala dengan natijah najah untuk tahun ini saya akan kembali ke Malaysia untuk meneruskan perjuangan di bumi tanah air sendiri pula..doakan ^-^..Sedikit keresahan menyinggah di hati ini menantikan natijah imtihan yang akan hadir selepas exam faslu sani nanti..namun, walaubagaimanapun keputusannya, semuanya adalah ketentuanNya..aku harus redha.. Insyaallah pertengahan bulan Mac ini mak, ayah dan abang akan transit di Mesir selama 3 hari sebelum menunaikan umrah..doa kalian saya harapkan moga dipermudahkan segala urusan keluarga menunaikan umrah dan menziarahi Mesir..Akhirnya selamat berimtihan kepada yang belum menghabiskan sisa-sisa terakhir imtihan khususan buat ahlibaitku wani..jangan tekkam deh..usaha!..dan selamat berma'rid..salam..

p/s:-iringkan pengakhiran imtihanmu dengan tawakkal..moga kejayaan milik bersama..
-beli kitab banyak-banyak dan simpan dalam almari..hehe..bacalah..jgn wat sakke datas
rak plop..pesanan buatku jua...^__*

26 January 2010


Hari ni terasa sebak menguasai sanubari..entah mengapa dan mengapa..sejurus teman di fb bertanya.."anda kelihatan sedih..ada masalahkah"..seperti terpalit dan sudah sebati kesedihan itu milik al faqirah ini..Allahuakbar!ujian ini kadangkala membuat aku sering putus asa..dan adakalanya aku rebah tersungkur..Mengapa harus begini??mengapa terus begini??Aku seakan dibelenggu tekanan tahap paradigma..eh..maksima la..Paper imtihan last sabtu ini..moga2 aku diberi nusrah dan hidayah untuk terus berjuang..hari ke hari bagaikan aku tak punya apa..Makkkk....saya tensem...tak tahu kenapa???... p/s:tingkatkan amal,kuatkan iman,rajin2 ngulang quran leha...

11 January 2010

Frekuensi gelombang otak mempunyai 4 tahap utama iaitu:

1. Sedar (Beta: 15-30Hz)
2. Bawah Sedar (Alpha:9-14Hz)

3. Bawah Sedar (Theta: 4-8Hz)
4. Tidak Sedar (Delta: 1-3Hz)

Frekuensi Otak
Sesetengah buku mengatakan frekuensi otak adalah kegiatan otak di dalam pusingan sesaat. Mungkin ia tidak berapa jelas. Sebenarnya frekuensi ini adalah cetusan elektrokimia yang berlaku di dalam otak apabila kita berfikir. Ia melibatkan neuron otak untuk menghantar signal-signal ketika proses berfikir berlaku. Inilah yang dimaksudkan dengan kadar kegiatan otak iaitu kadar cetusan elektrokimia (signal) dalam masa sesaat yang berlaku di dalam otak. Banyak berfikir, lagi banyak cetusan elektrokimia dan makin laju kadar cetusan per saat (frekuensi).

1. Sedar (Beta: 15-30Hz)
Di tahap ini, kita berada di dalam keadaan sedar. Segala analisis, pilihan dan semua aktiviti yang melibatkan kita berfikir berada di bawah frekuensi beta. Dengan kata lain, apabila kita banyak berfikir secara sedar, kita berada di frekuensi ini.

Tahap fikiran di frekuensi ini merupakan realiti fikiran. Kita akan memikirkan sesuatu itu berdasarkan apa yang kita nampak dan rasakan mengikut daya pemikiran kita ketika itu.

Jika kita memberi arahan kepada mereka yang berada di frekuensi ini, arahan tersebut akan dianalisis terlebih dahulu mengikut pendapat orang yang menerimanya. Sebab itu agak sukar untuk memberi arahan seperti apa yang kita inginkan kepada orang yang berada di frekuensi ini.

Sebab itu ketika kita ingin menasihati seseorang, kita perlu elakkan menasihat mereka ketika mereka berada di dalam keadaan beta.

Contoh yang jelas adalah ketika saudara mula-mula belajar memandu kereta. Saudara pasti berfikir sebelum menekan pedal minyak, pedal break, menukar gear dan sebagainya. Ketika ini pemanduan menjadi agak sukar kerana saudara perlu berfikir sebelum melakukan sesuatu.

2. Bawah Sedar (Alpha: 9-14Hz)
Di tahap ini, kita berada di dalam keadaan bawah sedar atau dengan nama lain sedang dalam keadaan asyik dan fokus. Ini adalah frekuensi terbaik ketika belajar.

Di tahap ini, kita hanya boleh menerima tetapi tidak mampu membuat tindak balas. Semua arahan yang diberikan akan kita ikuti tanpa membuat analisis terlebih dahulu. Jika dirujuk pada artikel Realiti Sebenar dan Realiti Fikiran, kita seolah-olah tiada penapis luar dan dalam.

Tahap ini mempunyai kebaikan dan keburukan. Kebaikan adalah kerana di saat ini, apa yang masuk ke fikiran tidak lagi ditapis oleh fikiran kita. Jika kita memberi nasihat kepada anak dalam keadaan ini, ia terus akan masuk ke dalam fikiran anak kita dan terus diingati.

Jika kita berada di frekuensi ini, kita berada di dalam keadaan tenang dan tenteram. Fikiran tidak celaru dan berserabut kerana otak kita tidak banyak berfikir ketika ini.

Contoh yang jelas adalah ketika kita sudah pandai memandu kereta. Kita tidak perlu berfikir untuk menukar gear, menekan pedal minyak atau menekan break. Kita dapat lakukan tanpa kita sedari. Segalanya berlaku secara automatik.

Keburukan di frekuensi ini adalah, saudara seolah-olah dipukau ketika ini. Orang yang menjalankan pemasaran dan juga jualan dari rumah ke rumah atau di pasar-pasar raya akan cuba menurunkan frekuensi saudara ke tahap ini.

Kemudian apabila saudara sudah berada di tahap ini, saudara tidak berdaya untuk berbuat apa-apa kerana setiap arahan akan saudara ikuti tanpa banyak cerita. Saudara tidak mampu untuk melakukan apa-apa tindak balas sehinggakan saudara tidak sedar menghulurkan segala wang ringgit saudara kepada penjual yang berjaya memukau saudara.

Pastikan saudara berada di dalam keadaan Beta ketika membeli belah atau berada di tempat awam. Jika tidak, saudara akan dipukau di dalam keadaan terjaga.

Saya selalu menurunkan frekuensi anak-anak murid saya ke tahap alpha supaya mereka dapat menerima segala apa yang saya ajar dengan mudah.

Saya juga menggunakan frekuensi ini ketika membaca, membuat penyelidikan dan sebagainya. Saya juga menasihati anak saya (juga isteri) ketika mereka berada di frekuensi ini.

3. Bawah Sedar (Theta: 4-8Hz)
Di tahap ini, kita masih terjaga tetapi kita sangat asyik dan dikatakan khusyuk. Khusyuk di dalam solat seharusnya berada di frekuensi ini. Ketika ini kita tidak mampu menganalisis atau menafsir apa-apa pun.

Jika frekuensi Alpha, kita hanya menerima dan boleh menafsir tetapi tidak boleh memberi tindak balas. Frekuensi Theta pula kita hanya menerima tetapi tidak mampu menafsir apatah lagi untuk memberi tindak balas.

Ketika ini, kita tidak sedar apa yang berlaku disekeliling kita akibat terlalu khusyuk dengan satu perkara. Jika kita bersolat, yang ada ketika ini adalah perasaan CINTA pada Allah dan hanya Allah yang hadir ketika ini. Tiada yang lain.

Sebab itu di zaman Rasullullah, sahabat yang terkena anak panah di betis hanya melakukan solat sunat sahaja disamping sahabat lain mencabut anak panah tersebut. Khusyuknya sehingga tidak berasa apa-apa pun kesakitan.

Jika kita berada di dalam frekuensi ini, kita akan berasa sangat tenang.

4. Tidak Sedar (Delta: 1-3Hz)
Tahap ini merupakan tahap tidak sedar di mana kita berada di dalam keadaan tidur. Namun tidur ini adalah tidur yang dikatakan tidur mati. Kita tidak bermimpi. Tidur yang sangat puas dan cukup. Walaupun mungkin 10 minit tetapi kita akan rasakan cukup segar setelah bangun.

Jika kita tidur tetapi kita bermimpi, kita sebenarnya masih berada di dalam keadaan Beta. Bukan delta. Ini bermakna otak masih berfikir. Sebab itulah datangnya mimpi yang mengarut. Kita menjadi sangat penat apabila bangun jika kita tidur tetapi masih di dalam beta.

Orang yang selalu bersolat di pertiga malam yang menyerahkan 100% jiwa dan raga pada Allah dengan penuh rasa CINTA mampu tidur dalam keadaan delta. Tidur mereka sedikit tetapi puas dan tidak mengantuk di siang harinya. Begitu juga dengan mereka yang sering melakukan tafakur cara Islam.

Penutup
Semua frekuensi ini boleh dicapai dengan cara sengaja atau dengan kata lain mengikut kehendak kita. Ia memerlukan banyak latihan dan kita mampu mencapai di mana saja tahap frekuensi yang kita inginkan.

Sebab itu, apabila kita mampu untuk berada di mana-mana frekuensi, maka dengan mudah kita dapat berada di tahap khusyuk ketika solat.

Khusyuk ketika solat adalah sangat tenang. Sebab itu mereka yang merasainya sentiasa tenang, ceria dan sebagainya.

Komunikasilah dengan Allah agar kita dimudahkan untuk berdaya berada di frekuensi yang kita kehendaki. Banyak sangat kebaikannya. Ketika inilah kita mampu untuk menyerahkan 100% jiwa dan raga kita pada Allah SWT.

Sentiasa ingat dan sebut nama Tuhanmu.

sekadar perkongsian..sumber :copy paste email yahoo..

sekadar gambar hiasan

Salam ingatan setulus kasih buat rakan-rakan seperjuangan, sahabat-sahabat dari seluruh pelusuk dunia yang sudi mengziarahi blog yang tidak punya apa-apa ini..idea yang kian membeku membuatkanku hanya sekadar tersenyum pada keyboardku..mahu bermula dari huruf manakah plot ceritaku..namunku buntu..sehinggalah blogku bersawang tanpa bervakum..hehe..kini aku menjenguk kembali..bukanlah kerana ideaku banyak namun sekadar berkongsi pengalaman..9 Januari 2010..tarikh permulaan imtihanku..imtihan takhaluf yg kuhadapi untuk fasa pertama ini..Alhamdulillah selesai juga akhirnya..aku tersenyum..Moga najah milik bersama..namun bukanlah ini yang ingin kuceritakan..balik dari kuyah aku dan wani singgah di gamek..hajat di hati mahu menelefon ayah bonda di kampung..hurm alhamdulillah dapat jugak bercakap dengan keluarga tercinta..Mak bgtau package umrah transit di Mesir kemungkinan dah penuh untuk bulan 3 ni..Aku mengeluh seketika..tak tercapai juga hajatku membawa ayah, ibu dan abamku berjalan-jalan kat mesit ni..Apakan daya perancangan Allah itu ade hikmahnya tersendiri..adikku pula sibuk dengan laptop barunya hadiah dari abamku kerana keputusan PMR nya 9A baru-baru ini..(sedikit jeles berbaur ..haha)..tak ape la..aiman xkeysa..lepas telepon kami mau singgah di kedai arab tepi kedai ator itu..sewaktu lalu di jalan itu, ade lorong kecik terhimpit antara 2 kereta..aku dan wani lalu la kat celah2 kete tu..huhu..dalam masa yg sama kami taradud nk berenti ke tak kedai td lalu terlajak sampai kat kedai ayam Toha(ape punya cite la aku neh)..pastu dalam kete tuh ade la makcit arab..dia marah2 sambil tunjuk2 tangan dia nak bagitau syuh3..jgn lalu lorong kecik nih..oo..kete dia baru beli kot takut calar terkena jubah2 kami yang tajam2 agaknya..geramlah jugak masa tuh..lantas kami membebel (makcit!makcik ingat ni jalan makcit ke??)..wani plak geram semacam..katanya.."kalu ikut geram nih..mau je aku lalu sekali gih lorong tuh..haha..ilek3"..tp kami tak lalu pon sebab nak gi kedai tuh xpayah dah lepasi lorong tadi..dari atas kedai nampak aja makcit tu macam tak puas hati ngan kami..dalam ati mau aja aku turun dari kedai tuh nak tny "aizah eh??fi musykillah??..xpon maza tara??.hik3..tapi sebagai orang yg amat sopan serta menghormati org tua..kami biarkan aja..lagipun xbaik lawan orang tua ..dosye..sudah jer beli kat kedai tadi kami lalu depan makcit tuh lagi..tapi kami senyum ja...makcit tu pon senyum kat kami..senyum manis sesangat..adoiii..ape kes lak nih..hurm..pengajaran kat sini..biarlah org xsuka kat kita tapi sebab akhlak yg baik(senyum)..dapat hasil yg baik..aku tersenyum sendiri..teringat kata-kata.."Jadilah kalian seperti pohon yang berbuah..dilempar ia dengan batu dibalas ia dengan buah"..Allah3x..

p/s:hormatilah orang-orang tua kerana mungkin dia lebih banyak ilmu serta amalnya darimu..

05 January 2010


Hatiku diragut kesedihan lagi...
entah mengapa..aku tak pasti..
kadang-kadang hati tersentap..
lantas kuhanyut dalam ketakutan..
hati ini..
deritakah aku
sakitkah aku
aku xpasti
dan kini aku masih mencari jawapan
adakah hidupku sudah sampai ke penghujung??
Tuhan lebih mengetahui..
Ya Robbul Izzati..
tenangkan hatiku
ampuni khilaf dan salahku
terimalah aku...

23 December 2009

9 januari 2010 : dakhil fit tafsir (takhaluf)
16 januari 2010 : hadis maudu'i
19 januari 2010 : manahij dakwah
23 januari 2010 : mutasyabihil quran
26 januari 2010 : tauhid
30 januari 2010 : dakhil fit tafsir

"Allahummarzuqna fahman nabiyyin, wa hifzalmursalin, wa ilhamalmalaikatalmuqarrabin, fi 'afiyatin ya arhamarrahimin.."

13 December 2009

"senja di ufuk timur benamkan perasaan gementarku bersama terbenamnya sang mentarimu"
Exam kembali membuka tirainya..Jiwa diancam kekalutan lagi..hari penuh debaran hanya kerana exam..ngee..internet di asrama sudah xberfungsi..apakan daya kita hanya mampu menerima segalanya..ade kebaikan dan keburukannya..apa-apa pun sabar je la..hari berlalu dan terus berlalu sehinggakan tidak sedar kita semakin berada di penghujung tahun 2009 yang penuh kenangan..kenangan tetap kenangan dan yang berlalu biarkan berlalu..kitab kuyah yang dulunya kosong dan bersih xtercatit satu kalimah kini penuh dengan tulisan tapi bukan tulisan nota tapi tuisan muqorror wa malghi..hehe..muhadhoroh pon banyak dah berakhir..hanya menunggu masa untuk diproses soalannya..takhaluf bermula 9 januari..bagi yg mendapat natijah maqbul,jayyid,j.j dan mumtaz xperlu berdebar dengan nama takhaluf kerana ianya bukan hak mereka..huhu..hanya yang berhak mengetahui hakikat itu..apa yang penting??kejesama!bukannn...apa yang penting baca la kitab selagi ada masa dan jangan lupa taqarrub kita pada Allah Taala..semoga kita sama2 najah tahun ni wahai sahabat2ku sekalian..moga kereta mercedes kembali dijulang...salam imtihan salam perjuangan..tawaquf blog sampai ada idea..hehe..salam alaikum..

Followers

Halwa Tinge